Wednesday, January 28, 2009

BERSANDARKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN












Tatkala kaki melangkah masuk ke butik Sanggar Masri Klasik, kaki terpaku, mata terpukau dengan keindahan seni hiasan dalaman. Berkonsepkan klasik dengan mainan warna yang sangat menarik hati pengunjung yang datang. Sesuai dengan citarasa empunya butik iaitu En. Mohd Yazid dan En. Syaman atau dikenali dengan Yazzi dan Syaman yang berpegang teguh pada prinsip "Take A Risk". Bagi Yazzi dan Syaman yang mengorbankan wang dan masa, beliau beranggapan tanpa mengambil sebarang risiko dalam hidup ini, seseorang itu tidak akan tahu tahap kemampuan dan apa yang boleh dikecapi....

Sanggar Masri Klasik bermula dari rumah beberapa tahun yang lalu... Menariknya, Sanggar Masri Klasik mempunyai pelbagai rekaan baju yang moden dan tradisional bercirikan manik yang menjadikan rekaan baju dari butik ini segar serta lain dari yang lain. Sanggar Masri Klasik akan sentiasa mengubah dan membuat pembaharuan terhadap rekaan bagi memuaskan hati pelanggan.
Dengan tag-line 'Wedding Made Easy', Sanggar Masri Klasik menyediakan khidmat perundingan dan pakej perkahwinan seperti pakej katering, kanopi, fotografi, videografi, gubahan hantaran, hiasan bilik tidur dan P.A System.

Dengan tekad dan azam yang kuat, En. Yazzi dan En. Syaman serta beberapa krew bercadang untuk melebarkan sayap perniagaannya dengan menjadi 'one stop shop' di bawah satu bumbung.

0 comments: