Friday, January 30, 2009

MAJLIS AKAD NIKAH


Majlis berlangsung pada 14 Disember 2007 di kediaman pihak perempuan yang terletak di Bukit Lanjan, Damansara. Ketibaan rombongan keluarga pihak lelaki di sambut dengan membawa 9 dulang hantaran yang dihias indah. Dengan sekali lafaz, maka rasmilah Rafi dan Ina sebagai suami dan isteri. Di sebelah malamnya pula diadakan majlis berinai kecil untuk anggota keluarga pihak perempuan sahaja di mana Ina telah dipakaikan dengan beberapa persalinan pakaian tradisional masyarakat di Malaysia...

CINTA DIRAI DENGAN PENUH GEMILANG....





Nama Pengantin : Nurfadhlina Bt Baharudin / Mohd Rafiuddin Khair B. Mohd Yusof
Pekerjaan : Pembantu Tadbir (Ina) / Production Supervisor (Rafi)
Mas Kahwin & Wang Hantaran : RM 80 / RM 8,000
Dulang Hantaran : 7 dulang berbalas 9 dulang
Tarikh Pernikahan : 14 Disember 2007
Tarikh Persandingan : 15 Disember 2007

Wednesday, January 28, 2009

KHIDMAT YANG KAMI SEDIAKAN.....














1. PAKEJ PERKAHWINAN

2. PAKEJ PERTUNANGAN

3. PAKEJ FOTOGRAFI / VIDEOGRAFI

4. KATERING

5. ANDAMAN PENGANTIN

6. SEWA PAKAIAN PENGANTIN, AKSESORI PENGANTIN, PELAMIN

7. GUBAHAN HANTARAN

8. HIASAN BILIK

9. P.A SYSTEM / DJ

Perancang perkahwinan (En. Yazzi / En. Syaman / Pn. Suriyani) bersedia ke tempat anda dengan temujanji di Lembah Klang sahaja.

BERSANDARKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN












Tatkala kaki melangkah masuk ke butik Sanggar Masri Klasik, kaki terpaku, mata terpukau dengan keindahan seni hiasan dalaman. Berkonsepkan klasik dengan mainan warna yang sangat menarik hati pengunjung yang datang. Sesuai dengan citarasa empunya butik iaitu En. Mohd Yazid dan En. Syaman atau dikenali dengan Yazzi dan Syaman yang berpegang teguh pada prinsip "Take A Risk". Bagi Yazzi dan Syaman yang mengorbankan wang dan masa, beliau beranggapan tanpa mengambil sebarang risiko dalam hidup ini, seseorang itu tidak akan tahu tahap kemampuan dan apa yang boleh dikecapi....

Sanggar Masri Klasik bermula dari rumah beberapa tahun yang lalu... Menariknya, Sanggar Masri Klasik mempunyai pelbagai rekaan baju yang moden dan tradisional bercirikan manik yang menjadikan rekaan baju dari butik ini segar serta lain dari yang lain. Sanggar Masri Klasik akan sentiasa mengubah dan membuat pembaharuan terhadap rekaan bagi memuaskan hati pelanggan.
Dengan tag-line 'Wedding Made Easy', Sanggar Masri Klasik menyediakan khidmat perundingan dan pakej perkahwinan seperti pakej katering, kanopi, fotografi, videografi, gubahan hantaran, hiasan bilik tidur dan P.A System.

Dengan tekad dan azam yang kuat, En. Yazzi dan En. Syaman serta beberapa krew bercadang untuk melebarkan sayap perniagaannya dengan menjadi 'one stop shop' di bawah satu bumbung.

Segalanya Di Sini....


Kami memastikan anda melangkah penuh anggun dan bergaya.... kami juga mahukan anda menjadi bakal mempelai dengan majlis penuh tradisi... Kebahagian anda jaminan kami di dalam perkahwinan kelak......

Sunday, January 25, 2009

SELAMAT DATANG KE BUTIK MAYA 'SANGGAR MASRI KLASIK'


Assalamu Alaikum dan salam sejahtera,

Saya Suriyani Mat Hashim, dengan penuh bangganya mengucapkan 'Selamat Datang' ke butik maya saya 'SANGGAR MASRI KLASIK'. Saya bersama-sama dengan krew kecantikan Sanggar Masri Klasik ingin menawarkan pakej perkahwinan yang sangat menarik yang menjanjikan seribu satu kenangan yang serba indah dalam lipatan memori perkahwinan anda.
Sila singgah ke butik maya ini untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik kami. Kami juga boleh dihubungi di talian bimbit 012-3494957 atau alamat emel kami - imanrdn@yahoo.com.my. Kami juga amat mengalu-alukan sebarang pandangan dan komen tentang produk perkhidmatan kami di ruangan yang disediakan di butik maya ini.
Saya percaya semua komen yang akan diberikan nanti akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami.